Monday, December 7, 2009

Pengusaha Kraftangan Manik Song




Nama : Pusat Internet Desa Song Sarawak

Produk : Kraftangan Manik Song

Harga : Dalam lingkungan RM20.00 - RM100.00

Sejarah : Gubahan ma
nik merupakan satu seni kraftangan yang begitu popular di Sarawak. Sejak zaman berzaman kemahiran menggubah manik telah menjadi satu seni tradisi di kalangan masyarakat etnik sabah dan Sarawak. Antara jenis manik yang dibuat ialah daripada jenis kaca, permata dan batu akik.

Manik sebenarnya a
dalah lebih tua usianya daripada zaman tamadun manusia dan manik-manik yang paling awal dahulu telah diperbuat dariapada kulit kerang, gigi, dan biji buah-buahan yang dilubangkan dan dicucukkan dengan tali. Menurut kajian, manik yang ada di Sarawak dibawa masuk dari Mesir, Greece, India dan China semenjak beratus-ratus tahun dahulu.
Gambar : Ini adalah rantai yang di buat daripada manik-manik,yang boleh digunakan semasa menyambut tertamu terhormat,masa persandingan dan hari-hari perayaan.
Sir Roland Bradell (1947) dalam kertas kerjanya tentang sejarah Malaysia mendapati bahawa ada manik yang ditemui di Sarawak tersebut dibawa masuk oleh pedaga
ng Sabean pada zaman pra-Kristian. Pada tahun 1930, H.C. Beck mendapati bahawa rantai leher manik dan karangan manik enam sejajar yang ditemui di Sarawak adalah sama dengan rantai leher dan karangan manik yang ditemui di Greece dan Rom. Manik tersebut banyak digunakan oleh kaum Kelabit dan Bidayuh di Sarawak.
Kajian sejarah juga menunjukkan bahawa manik-manik tersebut dibuat sendiri oleh pribumi Sarawak daripada bahan-bahan mentah yang diimport dari negara-negara di Timur Tengah pada abad ke dua belas masehi yang terdiri daripada kaca lebur.



No comments:

Post a Comment